SELAMAT DATANG TAHUN 2007

Biarlah segala duka di tahun 2006 berlalu...

Kenangan pahit :-

January - Ariff masuk hospital sbb sakit lelah.

February - Kereta kite eksiden di bulan February. Atam pun masuk hospital sbb kene buat operation kat tangan dia

March - Abg Adri pulak masuk hospital

May - Ada yang terguris & terluka selepas peristiwa yang berlaku di tempat percutian.Mengapa ianya terjadi & bagaimana ianya terjadi. Ntah lah.. mungkin semua nya berlaku tanpa diduga.Semua orang membuat kesilapan. Yang penting lupakan apa yang berlaku & bina hidup baru..

Nov - Kete eksiden sekali lagi. Orang langgar kat Federal Hgway. Nasib baik insurans dia tanggung.

Dec- 29hb yang lepas menjadi detik yang cukup menakutkan buat kite. Satu-satu nya insan yang paling kite sayangi didunia ini iaitu MAK telah jatuh sakit. Petang Jumaat tu ,lepas maghrib MAK tiba-tiba pengsan. Dia mengadu pening kat Mat Dit, lepas cakap je , terus nak jatuh. Nasib baik Mat Dit sempat sambut dari jatuh. Suasana memang kelam kabut sbb hanya Mat Dit, De dan kite jer ada kat rumah. Sepanjang hidup ni tak penah lagi tgk orang pengsan depan mata. Perasaan yang tak tentu arah menyelinap seluruh badan. Apa yang terlintas hanya mintak tolong dari Cik Nyah ( kakak saudara) yang dok kat belakang rumah je.

Rasanya boleh pecah pintu Cik Nyah tu kite ketuk. Kebetulan semua anak2 dan cucu nya ada kat rumah. Dengan bantuan dorang MAK di bawak ke hospital. Kene tahan selama 3jam. Doktor check darah utuk pastikan buah pinggang, darah tinggi & jantung ok atau tidak.Rupanya MAK kene demam panas & kemungkinan besar yang menyebabkan MAK pengsan sbb tak sesuai mengambil ubat farmasi untuk sakit lutut yang Wan Piah syorkan. Doktor dah tak bagi MAK makan ubat tu lagi.

Syukur alhamdulillah...semua dah ok tapi MAK kene berhati2 dgn ubat yang dimakan.

Hari Raya Haji pada tahun ni pada 31 Dec. Yang balik kg pada kali ini cuma Atam & kite aje. Yang lain2 tak balik sbb hal2 yang tak dapat dielakkan. Seperti biasa raya memang wajib pegi umah Apak, Yan & Cik Nyah. Kalo tak pegi memang kene balun ngan leteran laa... lagipun rugi woooo kalo tak pegi sbb menu menu yang dorang buat memang bestttt.... Cuma tuk Raya Haji ni tak berjalan jauh punn.. malas laa... Banyak bezanya dengan Raya Puasa. Urmm.. kira nya Raya Haji ni dah kira penutup bagi tahun 2006 la.

...Azam baru? hahaha biarlah menjadi rahsia peribadi sehingga ianya nya menjadi nyata..SELAMAT TAHUN BARU 2007